Downloads

Dakwah Dan Kelestarian Alam Sekitar Di Malaysia Peluang Dan Cab Dakwah Dan Kelestarian Alam Sekitar Di Malaysia Peluang Dan Cabaran

Dunia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah alam sekitar dan Malaysia tidak terkecuali. Kerosakan alam ini berkait rapat dengan nilai manusia terhadap alam. Apabila nilai itu rendah maka alam dianggap sebagai sumber untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia sahaja. Hakikatnya, nilai sebegini bertentangan dengan pandangan hidup Islam dan perlu diubah. Salah satu saluran penting untuk mengubah nilai, sikap dan tingkah laku ialah melalui pendekatan agama. Atas alasan ini, dakwah alam sekitar merupakan salah satu saluran yang boleh digunakan untuk mendidik dan mengubah nilai, sikap dan tingkah laku masyarakat. Walaupun begitu, pendekatan dakwah itu belum menampakkan hasilnya kerana kemusnahan alam masih terus berlaku. Ini menunjukkan wujudnya kelemahan dalam pendekatan dakwah alam sekitar ketika ini. Oleh itu, penulisan ini akan cuba meneroka cabaran-cabaran serta peluang-peluang dalam usaha dakwah alam sekitar di Malaysia. Penulisan ini adalah sebuah penulisan berasaskan tinjauan kepustakaan yang bergantung kepada rujukan sekunder seperti buku, jurnal, kertas kerja, laporan, makalah umum dan sebagainya. Pada akhirnya, cabaran-cabaran serta peluang-peluang yang ditunjukkan itu boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan alam sekitar masyarakat, terutamanya masyarakat Muslim.

Data
Version
Size
1,5MB
Author
Website
Downloads
39
License
Price
Created
2024-09-12
Changed
2026-04-06
We use cookies

We use cookies on our website. Some of them are essential for the operation of the site, while others help us to improve this site and the user experience (tracking cookies). You can decide for yourself whether you want to allow cookies or not. Please note that if you reject them, you may not be able to use all the functionalities of the site.